Wednesday, March 16, 2016

Tempat mengadu

Korang nak tahu tak tempat mengadu paling best dalam dunia ni pada siapa?

a) kawan
b) emak abah
c) kekasih
d) kaunseling
e) kesemua di atas

Eh, bnyak pulak pilihan. Hehe

Bagi aku kan, tempat paling best nak mengadu segala masalah kita  adalah ALLAH.

Alaaa biarlah org nak ckp kita ni terlajak alim ke terlebih warak ke apa ke. Eh, kau Islam kan.. Haaa sentap..

Aku ada alasan aku sendiri. Kenapa aku utamakan Allah?

Pertama sebab Allah yg bagi ujian tu. And the solution pon mesti dia ada. Kalau cikgu nak buat soalan kat anak murid dia pon, mesti dia sediakan skema skali kan.. So, mintalah kat Allah. Mengadu kat Dia supaya diberikan solutions tu. Sebab Allah ada jawapan kpd semua masalah kita tu.

Keduanya, apa yang kita mengadu tu, takkan ade org tahu. Kalau kita mengadu kat kawan2 kita, tak lama tu mesti akan ade org tahu jugak kan.. Emm tak best la gitu.

Next ialah kau akan rasa tenang. Disaat air mata menitis laju, masa tu kau akan terbayang dosa2 kita. Masa tulah kita ambil kesempatan untk pohon doa supaya Allah ampunkan dosa kita. Wktu lain mesti susah nak nangis kan?

Masa ni adalah masa untuk kita bersama dgn Allah. Jadi, try to communicate with Him dlm pelbagai cara sekali pon. Kalau malu nak bersuara, luahkan je dlm hati. Jgn risau, Allah tu Maha Mendengar.

Sebenarnya setiap orang lain cara. Tapi bagi aku, kita sebagai orang Islam perlu mengutamakan Allah. Lepas kita mengadu pada Dia, pergilah kat sesapa pon. Kucing ke, almari ke.. Kihkihkih

"Ingatlah hanya mengingati Allah hati akan tenang" [Ar-Ra'd : 28]

Korang janganlah ingat Allah masa ada masalah je. Ingat Allah setiap masa tau! Korang try la buat. Insyaa Allah korang akan fhm apa yg aku terangkan tadi.

Ikhlas,
Nurul Muhidin 🌹


No comments:

Post a Comment