Assalamualaikum,
Sebenarnya dah lama tinggalkan dunia blog ni. Harini Allah gerakkan hati nak update something yang bermanfaat untuk korang.
Nak share sikit tentang percaya pada Allah.
Cerita berdasarkan pengalaman cetek seorang nurul.
Bulan januari lepas, right after final exam aku dan sahabat pergi ke Sabah untuk travel. Kami dah plan beberapa bulan sebelum tu.
Pertamanya aku saja je ajak dia. Keduanya, aku memang nak travel ke Sabah. Tapi...
Disebabkan seorang nurul adalah perempuan, dan dia juga takde pengalaman mengembara. Makanya, agak berat untuk Abah dan Mak izinkan aku pergi. Berkat kesabaran memujuk dan yakinkan dorang, akhirnya abah benarkan aku pergi. Alhamdulillah.
Perjalanan kami sebenarnya dirancang bertiga, tapi disebabkan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan, beliau tak dapat sertai kami. Makanya kami pun pergi berdua sahaja.
Pada mulanya, abah berat nak bagi pergi, sebab dia risau anak bongsu dia yang sorang ni. Macam2 cerita jugak la yang keluar dari mulut dorang. Aku gagah jugak dengar. Tapi takkan kita nak mengalah sebelum berjuang. kan kan? hehehe
Sebelum hari kejadian, ade jugak rasa kecut. tertanya jugak boleh ke aku travel berdua je. Banyak gak la anasir2 jahat terbisik kat telinga. Tapi heksited jugak nak pi Sabah nuh. hehe
Satu benda yang aku keep on my mind and selalu cakap kat Mak adalah Allah kan ada. Insyaa Allah, Allah jaga.
So, sepanjang kat sana, aku hanya meletakkan trust Allah je. Selain tu, kitorg jaga la sesama kitrg.
Apa yang membuatkan aku hanya trust Allah?
Kan Allah dah janji, Bila mana kita ingat pada Dia, 10 kali Dia akan ingat pada kita. Malah jaga kita. Korang kan tengah mendekatkan diri pada alam. Jadi eloklah korang tambahkan pahala dengan berzikir, selawat. Insyaa Allah membantu.
Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami kat sana. Allah permudahkan segala urusan kami. Baiknya Allah.
Ikhlas,
Nurul Muhidin
First time berada di awan biru.. Heksited gila duduk tepi wing.. ngehngeh
No comments:
Post a Comment